Sunday, June 26, 2011

Harap harap D;

Allah maha besar!




Hmmm, 4 julai ni ada inkues. Harap semuanya berjalan lancar. Btw aku ade terbaca ayat ni. ade org hntr. Aku just nk ckp if korang boleh terlepas and bermaharajalela dekat dunia ni tpi jgn lupe yg korang tetap tidak akan terlepas dr makhamah Rabbul Jalil. Fikir fikir kan lah ;)

Too bad

Assalammualaikum! Hii semuaa. Eh sejak akhir2 ni aku tengok aku asik termenung sorang diri je. Dh mcm org gila pun ade jugak. Okay lupe kan k. Hm haritu pegi keluar dengan family sebab ada hal. Lepas habis hal tu igtkan nk blik terus tpi rupa rupanya mak aku suruh gerak kt KLCC. Nk tau buat ape? Heheh hntr adik aku nana yg gedik tu pegi ceramah motivasi. Pastu aku ckp kt dia padan muka tau. Then tetibe je mak aku ckp mcm ni "asya pun ada ceramah gak. Tapi kem lah. Asya tidur sana 3 hari" Wah mmg meraung lah kan aku ckp. Aku taknakkkkk! Tapi nk buat mcm mane en kena dgr cakap ibu. Okay then lepas tu kakak aku ajak gi petrosains, aku pun follow jw. Adik aku yg nana tu tk follow sbb kene pegi motivasi, Wakakaka padan muka kau. Belajar lah kau sampai lebam ;p Hihihi pastu ade lah tgkp2 gmbr sikit.



Senget kan kepala anda. Exercise sikit ;p



Saturday, June 25, 2011

tgk je lah nnti

Aku dh agak dah semua ni akan berlaku jugak one day! And now betul sangkaan aku. Benda tu semua dh terjadi. Terima kasih sangat sangat okaay. One day kau akan dapat balik ape yg kau pernah buat semua, Ingat! Allah tu maha adil wahai makhluk Allah sekalian ;)

Friday, June 24, 2011

Lawanya lah perempuan ni :')
 K salah topik untuk harini. Hm kebanyakan orang yg aku jumpe kn, lelaki yg selalu flirt perempuan dulu kn? Kalau tk pompuan tu tk kn layan punya. Sesetengah je okay. Termasuk budak tu. K bye.
Sorry k takde mood sekarang. Nk tidur :D

Thursday, June 23, 2011

Monday, June 20, 2011

Nk tanya ni.

Kalau betul pun kenapa ek? Kau susah ke? Tk kn... Tipu lah tu kalau kau susah. Bermasalah do kau ni -.- Tak dpt nk terima kenyataan -.- dah sekian lama aku sabar dengan kau.

Ade aku kisah?

Nampak tajuk kt ats tu? Tk nmpk? Umur pendek kot. Rabun ke? Nk aku temankn gi giant belikan cermin mata. Nak ke? Meh sini jom. Alang alang tu jom belanja aku tutti frutti. Nnti dapat cuci2 mata *K merepek habis. Eh nk tanya satu soalan ni. Tengok soalan di bawah .

Kenapa botak juvana handsome sgt? Soalan cepumas ni. Cepat jawab.
Aku perah otak aku, sebab soalan ni ditanya oleh org bodoh mcm aku.
Okay jwpnnya sbb Allah dh buat muka dia mcm tu. 
Wahhhhh, teror tk jwpn aku? Tepuk tangan cepat
Ape boleh buat, trima je lah. 
Hishh tapi aku cair lh tgk muka dia. 
K aku benci dia.
Eh jap tetiba TERsuka balik. 
Kenapa dgn aku ni?
What happen syasya? Angau lah ni aku ni. Tk senonoh betul
Gatal lah aku ni. Hihihi mcm korang tk penah plk yg diluar sana tu ;p
Bik ngaku cepat. No malu malu ;p

P/S : Abaikan post ni. Aku mmg suka merepek bila nampak something yg aku suka :D nk tau ape yg aku nmpk? Hmmmm, esok aku gitau, kalau aku rajin. Tadi makhluk Allah tu IM aku! Wah memang cair do. Dh lama tk chat dgn dia <3 atotototototo. Hihihi. 

Sunday, June 19, 2011

Hekhekhek

Assalammualaikum, jwab tau.
Hmm, oh harini hari bapa lah. So harini just nk cakap Selamat hari bapa ye abah. Hee semoga abah bahagia je di alam sana and ditempatkn di tempat2 org yg beriman also dilapangkan kubur. Amin *amin sekali tau tau :D Abah, asya rinduu abah oh. Tipu lah tu kn kalau tk rindu? Tapi tkpe lh. Lupe kn. Happy fathers day. I love you Ahmad sarbaini Bin Mohamed. Abah lah superhero asya and abah terhebat asya. No one can replace you :-) nah nah ade gmbr sikit masa aku kecik2 dgn abah aku. Enjoy ~

Heheh, hot kn perut bapak aku :D

Hee comel,ayah aku lh :D


Finally, ur the best father that I ever had <3 No one can replace you. Seriously :D
 

P/s : Gemuk nya aku dulu :D hahaha





Saturday, June 18, 2011

Hiii, nk tau tk hari jumaat haritu kena inject. Serious sakit, tk tipu okaay. Sekarang ni tangan belah kiri aku lebam dol. Sampai demam, hishh memang sadis lah kn. Tadi aku on facebook and nk tau ape aku jumpa? Arghh tk pyh cakap lah kn, punah wei perasaan aku. Hahaha kesah pulak kn. Sbnrnya tkde lh punah sgt pun cuma agk terkejut sikit. Tk sangka perangai dia mcm tu. Okay jomm tukar topik. Hee masa hri jumaat tu best kot sebab cikgu ramai tk masuk. So naisssss. Hihihi, ape lagi kn merayap je lah keje aku. Bukan selalu pun kn (Y) Tadi ade tusyen. Igtn mula mula tu tknk pergi sebab sakit perut plus demam. Tapi bila pikir pikir balik ade math. So , tknk miss kelas math. Dah lah aku ni lembab -.-' K aku sedar. Tadi kt tusyen huda bny buat lawak bodoh. Hihihi Wei Pmr dah nk dekat T.T weiiii mampus aku. Dah lah tk buat revision lngsung. Ishh teruk gila aku ni. Bila nk berubah pun aku tktau lah. Pape je lah. Hahaha btw tdi kn aku jumpa someone <3 Wah dia comel gila okay. Tk tipu. Okay tipu je ;p Nahh ade gmbr sikit. Bosan wei mase tu.

Ape pandang2? Lu langsi lu mati ;p

Yeaahh biru coklat. Tk sesuai lngsung. Ade aku kesah?

Hehe, letk gmbr ni sebab suka background belakang tu

Wednesday, June 15, 2011

Wow,


Hey, nak tau tdi aku pegi jog kt taman tasik kelana jaya. ek eleh aku ni benda tu pun nk kene gitau. Eh sukehati lah blog aku en? Ni semua hidup perjalanan aku. Kiranya ni dairi aku lah ni. K dah mula merepek dah aku ni. Okay jom start bercerita, once upon a star ~ hehehe k k serious. Hm tdi kn aku buat 2 round dekat taman tasik. hihi hebaat tk? aku tau tu, tk pyh malu2 nk ckp. Haha poyo je pun aku ni 2 round je pun bukan 10 round pun. tadi kn iklima semangat gila jog, maklum lah org kuat sukan kn ;p Hihihi, aina pun same. Aisyah lagi lah hebat ;p Yaya pun same je hebat. Aku? walawei tk pyh ckp kn hancur dol. Oh tdi aku sedih gila gila wei ): Eh jap jap perlu ke aku cerita kt blog ni? ummp tk perlu kot, Cite ni privacy sangat lah. Thats all, byee.







K.

Assalammualaikum,
Ye, aku tk pernah serious dalam hidup. Tk penah serious kalau nk buat ape ape. Keje aku nk main je. Takde life lngsung, teruk lah aku ni. Tukar perangai? yes, aku kene.

Sunday, June 12, 2011

The true story :-(

Polis mengeluarkan jasad Ahmad Sarbaini dari Pejabat SPRM KL

Ini adalah episod terakhir dari kisah 'bunuh diri' Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Ahmad Sarbani Mohamed. Ambil perhatian bahawa apa yang kami tulis di dalam empat episod dari cerita ini adalah berdasarkan pada pengakuan 'sumber dalaman' kami di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Malaysia (KDRM).

Para pegawai Polis dan Kastam tidak lagi percaya kepada kerajaan mereka sendiri. Mereka lebih mempercayai Malaysia Today dalam melihat keadilan dilakukan. Dan itulah sebabnya mereka telah meminta Malaysia Today untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku kepada Ahmad Sarbani.

Kepada rakan-rakan saya di dalam pasukan polis yang telah berusaha keras untuk menjaga keselamatan saya dari bahaya, saya ucapkan terima kasih. Tanpa kalian, saya tidak akan dapat melarikan diri ... baik, anda tahu tidak. Dan kepada teman-teman saya di Jabatan Kastam yang selalu berhubung dengan saya untuk menanyakan tentang kesihatan saya, saya juga ucapkan terima kasih. Saya percaya Malaysia Today telah memberikan perkhidmatan kepada anda dengan mendedahkan kisah sebenar di sebalik kematian Ahmad Sarbani.


Isteri Ahmad Sarbani, Marziah yang kesedihan.

Ok, kita sambung cerita.

Setakat ini apa yang 'sumber dalaman' di Angkatan Polis dan Kastam Jabatan telah dedahkan ialah Ahmad Sarbani tidak membunuh diri. Dia tidak naik motosikal sepanjang perjalanan ke pejabat SPRM di Jalan Cockrane di Kuala Lumpur semata-mata hanya untuk membunuh diri dengan melompat keluar dari tingkap seperti yang mereka tuduh kepada Teoh Beng Hock.

Nampaknya pegawai polis (IO) yang menyiasat juga membuat kesimpulan bahawa Ahmad Sarbani bukanlah seorang pegawai Jabatan Kastam yang korup sehingga menjadi takut dan membunuh diri. Peguam Negara tidak senang dengan kesimpulan ini. Itulah sebabnya AG memulangkan laporan siasatan polis ini semula sehingga TIGA KALI.

Peguam Negara mendesak walau dengan apa cara sekalipun mereka haruslah keluar dengan satu keputusan membunuh diri. Jadi, sementara AG terus 'bermain' dengan Pengarahnya, Polis telah diperintahkan untuk 'bermain' dengan para 'saksi' dan memaksa mereka untuk melibatkan arwah dengan rasuah dan membuat kesimpula bahawa ia bunuh diri kerana itu.

Apa menghairankan IO PDRM ASP Zuhairi Mohamed adalah rakaman CCTVjelas tidak menunjukkan insiden ini - menunjukkan bahawa satu usaha cover-up berlaku di peringkat pimpinan atasan SPRM dan Dato' Mustafar Ali telah berbohong dalam kenyataan akhbarnya.

Apa yang lebih menghairankan adalah selepas Wan Zainal memberikan kenyataan ketiga dan terakhir kepada polis, Yusof Akope dan Mohd Fauzi terus mengarahkan SIO Abdul Ghani untuk membawa Wan Zainal untuk dibawa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat.

Tujuan soal siasat SPRM adalah untuk mengorek maklumat apakah yang Wan Zainal telah katakan kepada ASP Zuhairi dan dokumen yang diberikan kepada polis. Ini menunjukkan niat mereka untuk memintas siasatan polis.

Wan Zainal disoal siasat diantara 3:00ptg -11:00mlm.

SPRM cuba menakutkan Wan Zainal dan dua rakan yang lain, Maggie dan Eddie, dalam sesi soal siasat maraton dalam minggu-minggu berikutnya. Mereka mengancam bahawa jika mereka menolak untuk 'bekerjasama ', maka SPRM akan mensasarkan mereka dan syarikat mereka dalam tindak lanjut penyiasatan terhadap dakwaan rasuah ini. Dengan kata lain, mereka bantu SPRM 'mengenakan' Ahmad Sarbani atau jika tidak SPRM akan 'mengenakan' mereka sebagai gantinya.

Setelah gagal untuk mendapatkan kerjasama dari syarikat pengangkutan, Akope Yusof dan Mohd Fauzi mengubah taktik.

IOS SPRM telah diarahkan untuk mendapatkan 'kerjasama' dari petugas Jabatan Kastam yang belum dapat menjelaskan wang di dalam akaun bank mereka. Pegawai-pegawai Kastam ini diberitahu, jika mereka dapat menuduh arwah Ahmad Sarbani Mohamed (dengan rasuah) , SPRM akan menolong mereka dan tidak akan mendakwa mereka, bahkan mungkin mengubah mereka menjadi 'saksi'.

Apa yang perlu mereka lakukan adalah untuk mengatakan bahawa semua wang yang tidak dapat dijelaskan di dalam akaun bank mereka sebenarnya adalah milik Ahmad Sarbani. Oleh kerana itu, jika mereka bersetuju untuk 'mengenakan' Ahmad Sarbani maka SPRM akan melepaskan mereka pergi, bahkan mereka boleh terus menyimpan wang itu di dalam akaun bank mereka walaupun mereka tidak dapat jelaskan dari mana datangnya.

Membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah adalah satu hal, tetapi menuduh orang yang sudah mati dan tidak boleh membela diri adalah sudah keterlaluan sehinggakan pegawai kerajaan yang korup juga tidak dapat menerima perkara ini. Jadi mereka menolak untuk daripada 'bekerjasama'.

Beginilah dahsyatnya kepimpinan SPRM boleh lakukan semata-mata untuk menutup perbuatan jahat mereka. Mereka perlu menjelaskan bagaimana Ahmad Sarbani meninggal dunia dan mereka ingin meyakinkan kita bahawa ia telah membunuh diri kerana ia menerima rasuah dan takut menghadapi akibatnya. Orang Melayu menyebutnya seperti kambing menjaga daun sireh atau orang Inggeris mengatakan, musang mengawal reban ayam. Sebuah badan yang ditugaskan untuk memerangi rasuah dengan cepat telah berubah menjadi badan yang paling korup, malah sanggup melakukan pembunuhan.

Oleh kerana kisah bunuh diri ini hanya dapat diterima akal jika Ahmad Sarbani memiliki kekayaan yang lebih dan luar biasa, mereka mahukan pegawai Kastam lain untuk mengatakan bahawa semua kekayaan mereka yang tidak dapat dijelaskan sebenarnya adalah milik arwah. Dan SPRM bersedia untuk memberikan kekebalan kepada pegawai Kastam yang korup ini jika mereka bersetuju untuk melakukan hal ini.

Mereka perlu menunjukkan bahawa Ahmad Sarbani sangat hina dan mereka berusaha sedaya upaya untuk mencapai hal ini. Lihatlah bahawa mereka ini adalah Muslim yang bersembahyang lima kali sehari, berpuasa selama sebulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Mekah, cuba anda fikirkan! Namun mereka tidak ragu-ragu untuk melakukan perbuatan yang paling hina - memfitnah orang yang sudah mati.

Tetapi pegawai polis dan pegawai Kastam ini terus melawan. Mereka tidak akan membenarkan SPRM untuk memfitnah Ahmad Sarbani. Mereka ingin dunia tahu bahawa arwah adalah seorang yang bersih dan ia tidak membunuh diri. Dan mereka mahu kita tahu bagaimana SPRM merancang sebaliknya. Dan untuk itu mereka telah meminta bantuan Malaysia Today.

Pada bahagian seterusnya, bahagian 5, kita akan dedahkan siapa yang membunuh Ahmad Sarbani - tetapi hanya jika perlu. Kami akan tahan bahagian ke-5 untuk menunggu kenyataan rasmi dari kerajaan bagaimana Ahmad Sarbani meninggal dunia. Kerana AG telah mengumumkan bahawa akan ada Inkues, biar kita berikan Polis peluang untuk mendedahkan bukti sebenar di dalam Inkues ini dan mari kita berharap bahawa mereka dapat melakukannya dengan benar kali ini.

Jika SPRM, AG Gani Patail dan Polis mengulangi apa yang mereka lakukan dalam usaha untuk menutup kematian Teoh Beng Hock, maka Malaysia Today akan mendedahkan laporan siasatan lengkap berkenaan siapa yang membunuh Ahmad Sarbani. Dan jika mereka mahu mengatakan kami bohong dan mereka-reka cerita, harap mereka tidak berfikit untuk melakukannya, kerana mereka tidak mengenali Malaysia Today dengan cukup baik. Kami sukakan cabaran dan akan menyambut cabaran apa sekalipun.

Jadi jangan paksa kami melakukan hal ini. Tapi kami akan buat untuk membersihkan nama orang yang sudah mati dan tidak berdosa, yang tidak membunuh diri tetapi sebenarnya dibunuh.

Hm, perlu ke?

 
Assalammualaikum semua? Hee untuk yg org islam tu jawab lah ye. Bismillahirahmannirahim, Hm yeaah nampak tajuk kt atas? Ye harini aku nk mengisytiharkan bahawa esok dah start sekolaah. Yeaah excited gila nk msuk sekolah *memang tk ah kn* Blergh cepat je masa berlalu kn? I know rite. I hate school. Yes I do. Im really really mean it. Huwaaaa malas nya nk pegi sekolah. Aha ckp pasal sekolah homework korong semua dh siap belum? Hihihi kalau aku belum lagi. Rajin kn aku? I know ;p Thats all byee <3 salam. Selamat bersekolah kembali. Malasnyaaaaa nk pergi. Hm ):

Friday, June 10, 2011

Umph



Assalammualaikum harini en aku dh bnyk tgk blog orang. Hm bila aku baca cerita hidup dorang dgn aku kn aku rasa mcm tenang sikit. Sebab aku tgk dorang bnyk cerita sedih dn duka tapi dorang kuat. Yes, aku kene kuat nk tempuh segala dugaan. Baru gentle :') kan abah kn? *dulu abah jugak mcm tu kn, hee asya igt lagi* Okay ape ape je lah ntah lah semalam kn aku nangis tanpa sebab *ye aku tau aku gila nangis tanpa sebab*. Dan tetibe je aku rasa nk keluar rumah tengah2 mlm tu nk tenangkn fikiran. Mula2 igtkn mlm tu aku nk study tpi ade benda yg dtg menghantui aku sampai aku menangis then terus tk boleh nk study ): Hmm sampai bila aku nk jadi mcm ni kn? Im so so so teruk. Ikr, hemmm -.- Sejak akhir ahir ni pun aku jarang belajar. Wake up syasya! wake up syasya! Urghhhhh! Mak asya tktau asya boleh straight A ke tk for Pmr thun ni. Asya tk yakin ):

Hell yeaah.

Umph, I just wanna say I hate you. Yes I do.  Urghhh please go away from my life ): 

Thursday, June 9, 2011

Asslammualaikum, Ya Allah berat sungguh dugaan mu kali ini. Aku ingat kan kau nk tolong family kiteorg tpi lain pulak jadi nya. Astagfirullahalazim :/ Tak sangka orang yg kiteorg percaya buat mcm ni. Em ahaa tkpe lh dh nasib badan. Redha je lah. Bak kata mak aku kn 'nanti korang pun mati jugak pandai pandai lah jawab kt dalam kubur sana nnti' Am i rite? Okay ape ape je lah. Dunia dunia kesian mak aku. Ishhh tk takut mati ke? Orang yg dh meninggal pun korang still nk memfitnah ke hah? Tak paham lah aku dengan korang. Ape salah ayah aku sampai korang buat mcm nie? Arghhhhh apapepun terima kasih if ade yg fitnah bapak aku, lagi menambah kn pahala ayah aku ada lh. terima kasih banyak banyak. Aku dan keluarga cuma mengharapn siasatan ni dilaku kn scara adil je. Tolong lah, dh tk snggup aku tengok mak aku nangis :/ Baru nk happy happy. Tapi lain pulak jadi nya. Haihh tkpe lah mesti abah senyum je kn tengok dorang fitnah abah.Takpe lah abah kn janji kiteorg percaya abah tk penah buat benda terkutuk tu. Asya doakan abah bahagia duduk di alam sana ye. Amin..

Ni hah orang yg amik rasuah korang ckp? memang salah besar lah  kn. Ni je gambar yg pling cute aku ada. dah tkde gmbar lain dh. Dh tk sempat nk tgkp dh :/  
p/s : ini hanya lah luahan semata mata. Tatau nk luah kt sape, kt blog pun jadi lh.. Nanti kalau cite kt org lain ckp aku ni poyo plk kn. K whatever. Kthanksbye.

Wednesday, June 8, 2011

  Ya Allah kupohon kepada mu berikan lah sinar kebahagian kepada keluarga kami kembali. Amin

Allah Maha adil

HII :D


Assalammualaikum semua wahai makhluk makhluk Allah sekalian. Whats up? K lets begin, jyeaaah hari selasa baru keluar hari tu. Pergi Times Square. Sbnrnye mule mule nk pegi dengan kakak aku but tetibe dia ade hal. Haihh ape lah -.- Then cepat cepat sari org ajak teman. So Aqilah dapat keluar. Alhamdulillah hihi. Yg lain kebanyakkan tusyen tk boleh keluar. Kiteorg pegi cosmo world. Walawei pening otak aku main benda tu sampai muntah. Hihihi, tapi best kot. Menggila dengan Aqilah main dekat sana,. Tapi sayang permainan kt sana sikit sana. Sepatutnya tambah lh lagi :/ K pape je laah. Then patut nya harini kalau boleh nk teman kan iklima pegi tengok karak. Tetibe je cikgu text last minute cakap hari rabu ade tusyen. Haihh panas je aku, bukan nk cakap awal awal. Tapi tkpe lah bukannya salah cikgu pon. Tadi tusyen sikit je pun datang dalm 6 org mcm tu je pun. Esok ade tusyen jugak gabung dengan kelas A *Yeaaaay best nyaa -.-* Blerghh memang tk ah kn. Sorry. Ehem harini tk gabung tenang sikit jiwa aku :D Boleh belajar betul betul. Bayangkan la rabu, khamis, jumaat, sabtu and ahad ni ade tusyen. Wahhh, memang tk keluar jalan jalan lh aku kn duduk rumah je. Study time dear <3 Yeaaaay sungguh seronok -.- Boleh jadi gila kot. Hihi okaay itu je lah untuk harini. Btw cepaat nya masa berlalu dh nk bukak sekolah balik. Huwaaa malas nya nk pegi. Dah tk boleh tidur lambat and bangun lmbt dah -.- Tapi tkpe la. Chop chop baru aku perasan trial pmr dah nk dekaat D: Ohmygod, K aku takut tk prepare ape ape lngsung. So naisss kn (Y) Okay lah nk chow mau keluar study <3

p/s : warna warni plk post kali ni. Serabut pulak. Tapi tkpe lah mls nk edit balik ;p 

Sunday, June 5, 2011

Sup?

Hey i love this words. Bila aku baca ianya boleh menguatkan semangat aku balik yg hampir musnah ni ):


People cry not because they are weak but they've been stay strong for too long.

Saturday, June 4, 2011

For You Aina alia :-)

Ini dia birthday girl kita yang cantik ni hihi saje je amik gambar ni ade nama buah hati keasayangan dia :p

Ini gambr aku dengan dia. Nk jugak selit gmbr aku kt sini ;p

Assalammualaikum, hey makcik Happy Birthdaay ye. Hihih nampak tk gmbr kt atas tu? Ini dia kawan aku yang sekepala dgn aku kalau bab2 lelaki ;p  Yeaah aku tau dia lawa kan. Budak hot ni tau. Ramai org nk dekat dia. Okay okay semoga kau dimurahkan rezeki ye and berjaya didunia and akhirat. Eh aina thanks lah sebab dah lama kawan dengan aku. And banyak bersabar masa duduk tepi sebelah aku dekat kelas. Biasa lah kan aku dengan aisyah comeel tu kan always bergaduh. Harap kau faham lah ye. Kiteorg gaduh bukan ape saje nk memeriahkan suasana ;p Huhuhu kalau korang nk tau kalau aku dgn aisyah gaduh, kiteorg mesti suruh aina duduk tengah2 supaya kiteorg dh tk gaduh dh.Lagi satu thanks jugak sebab kadang kadang ajar aku math and science. Aku ni kan otak lembab sikit. Biase lah tu en? Okaay tu je lah ye untuk harini? Ape ape pun happy birthdaay sekali lagi ye cik adik manis. Lagisatu goodluck for PMR. Hope kita semua dapat straight A ye dlm pmr. Amin.. :-)

Wednesday, June 1, 2011


Assalammualaikum wahai makhluk2 ALLAH sekalian. Jawab salam tu dulu. Hm nampak gambar diatas tu? Yeaahh, thumbs down (N) Harini sepatutnya keluar. Tapi tak jadi. Arghhhh dah lah bosan duduk rumah ni. Eh nak tau tk semalam aku mimpi benda yg sangat sangat bangang. Seriously do, bila aku bangun je dari tidur terus terkejut aku. Nk tau kenapa aku terkejut? Ahaaa, sebab tak solat subuh lagi *amik bantal sorok bwh kerusi. Hihi, terkejut eden. Aha, tu tandanya aku mimpi mcm tu sbb ayah aku ssuruh solah subuh kot. *Okay dah mula merepek -.- . Ehem malam semalam kan aku temankan aqilah pegi beli topup dekat amethyst. Alang2 tu ajak die study terus lah kn dengan syiraa gila tu sekali. Mase tgh study tu terjumpa nani dekat bwh. Alololo, dia sangat ayu dan muka dia baik gila. Hahha jangan mrh ye makcik ;p Dalam puul 9 lebih tu mak syira call suruh dia pegi temankan mak dia pegi gurdian. So tinggal aku dgn aqilah je, Nani mase tu dah blik rumah dia setelah dipanggil oleh kakak dan adik adik kesayangan nya. Huhu So tinggal kami berdua je. Sweet tk? :P ahaa, okaay merepek lagi. Kiteorg pun bersembang sembang, Bukannya belajar. Nk tau sbb ape kiteorg tk belajar? disebab kan ade sesuatu yg berlaku pada kiteorg mase tu. Ade something dtg kt kiteorg. Dah lah tknk cite psl tu dah. Benda dah lepas, jangn diingat lagi. Hihihi, k lah sampai sini saje. Bye bye <3 Thanks for reading. * ade ke org baca? K pape je lah. Kesah pulak aku kn. Hihi :-)

Benda yg same je setiap hari -.-

Haihhh, macam takde life lah. Everyday online je keje aku -.- Bosan nk mampuih