Friday, July 29, 2011

Seronoknyaa

Assalammualaikum. Hihihi apa khabar semua? Great! bagus ah kalau sihat je semua. Tadi en pegi sekolah macam biasaa. Dan mcm biasa bosan lah kn? -________- Hm then lepas balik dari sekolah tu terus tidur. Wihihi biasalah nk rehat2 dulu sebelum gerak gi tusyen. Then tadi bangun lmbt nk gi tusyen. Ape agi gelabah lah kn siap2 semua. Pastu bukak fesbuk sekejap *ceh sempat lgi bukak ni ;p * Hihi then ade something yg membuat kn hati daku berbunga bunga. Hahaha mmg Terjerit lah kn aku lps nmpk nama dia kt fesbuk. Hahaha okay aku tau aku poyo. Nk tau tk nama sape yg aku nmpk? Hahaha Rahsiaaaa ;p

P/S: Btw jangan sedih2 pasal kekalahan Malaysia semalam. Sokayh Pemain bola still the best daripada pemain singapura yg main mcm taik ayam tu. Asik injured je keje kau en. Sampai pengadil pun malas nk layan -.-

 Taraa ni lah dia muka bahagia ;D

Monday, July 25, 2011


Harap maaf video tergendala buat sementara waktu. Tettttttt . . . .



Wednesday, July 20, 2011

Ya Allah satu demi satu cerita pasal abah asya dah tahu. Asya dah tk sanggup dengar dah. Asya dah tk dapat tahan dah.
Hm tk sangka betul! Tepat betul sangkaan emak yg sheikh Niza tu lah yg bunuh. Aku benci tgk muka dia. Moga Allah tunjuk dekat dia jalan yang lurus. Dan dia diberikan balasan yang setimpal ;(

Ni pembunuh nya.

Masanya telah tiba untuk mendedahkan pembunuh AHMAD SARBAINI MOHAMED


D-Day: 6 Apr


Pada pagi 6 April 2011, Ahmad Sarbaini telah pergi ke masjid Subang untuk solat Subuh. Di sana, dia bertemu rakan baiknya, Azman, dan memberitahunya bahawa dia akan mengubah kenyataan awalnya yang telah diberikan kepada SPRM. Apabila diingat kembali, dia pada awalnya menyangka bahawa itu tidak menjadi masalah kerana dia telah menganggap Sheikh Niza sebagai rakan.


Pada 8:30, Ahmad Sarbaini sudah di pejabat SPRM KL. Dalam masa beberapa minit beliau telah bercakap dengan Sheikh Niza yang sedang bersemangat untuk merekodkan kenyataan lanjut daripada Ahmad Sarbaini.


Sheikh Niza mula menjadi panik apabila Ahmad Sarbaini memberitahu dia ingin untuk menarik balik pengakuan awal yang telah dibuat dengan helah dan tipu daya. Sudah tentu, Sheikh Niza menjadi berang dan telah mengatakan dengan jelas bahawa itu adalah mustahil!


Ahmad Sarbaini berasa kecewa dan mula naik berang apabila Sheikh Niza menolak permintaannya itu dengan sekeras-kerasnya. Dia merayu sekuat-kuatnya dengan Sheikh Niza dan menjelaskan bahawa dia telah tersalah faham dengan pengakuan itu. Walau bagaimanapun, Sheikh Niza menolak mentah-mentah permintaan beliau dan memberitahu beliau melaporkan perkara itu kepada KUS Mohd Fauzi.


Kemudian Sheikh Niza meminta Ahmad Sarbaini menunggu sebentar sementara beliau membincangkan perkara genting ini dengan Mohd Fauzi. Pada masa itu, nada suara Sheikh Niza sudah tidak menyenangkan bagi Ahmad Sarbaini.


Seperti yang dijangka, Mohd Fauzi marah apabila dia dimaklumkan bahawa Ahmad Sarbaini mahu menarik balik kenyataan awalnya. Beliau telah memberi amaran kepada Sheikh Niza bahawa ini akan merosakkan kerjaya kedua-dua mereka kerana ibu pejabat mereka sudah lama menantikan 'mengambil pengakuan' Ahmad Sarbaini.


Oleh kerana IO Abd Ghani curiga apabila dia mula-mula melihat pengakuan itu, Mohd Fauzi kemudian bertanya sama ada beliau telah bercakap dengan Ahmad Sarbaini tentang pengakuan ini.


Abd Ghani yang semakin menghampiri usia persaraan dan merasa kecewa walaupun sudah senior, tetapi terlepas dari kenaikan pangkat berikutan kejadian-kejadian terkini di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Oleh itu, Mohd Fauzi yang bercita-cita tinggi - yang kini telah menjadi pegawai atasan kepada IO Abd Ghani telah mula ketakutan sekiranya IO Abd Ghani mungkin akan menjejaskan penyiasatan sebagai Ketua Unit Siasatan (KUS).




Punca Kematian


KUS Mohd Fauzi telah mengarahkan Abd Ghani untuk mengesan Wan Zainal manakala beliau dan Sheikh Niza akan 'membetulkan' Ahmad Sarbaini. Sheikh Niza juga mengarahkan untuk merampas telefon bimbit Ahmad Sarbaini.

Sheikh Niza telah membawa Ahmad Sarbaini ke pejabat KUS Mohd Fauzi, yang bersebelahan pantri (ingat apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock). Di sini, beliau telah didera secara lisan. KUS Mohd Fauzi menggelar Ahmad Sarbaini sebagai satu keaiban kepada Kastam Diraja Malaysia, beliau tidak layak untuk memakai pakaian seragam itu. Agak menggeletar, Ahmad Sarbaini meminta belas kasihan dan meminta untuk seteguk air.


Mengejutkan, mereka telah membawa Ahmad Sarbaini ke pantri. Sebagai hukuman kerana percubaan untuk menarik balik 'pengakuan' itu, Mohd Fauzi telah mengarahkan beliau memanjat keluar dari tingkap dan memaksanya untuk berdiri di atas pinggir itu.


KUS Mohd Fauzi mahu Ahmad Sarbaini mempertimbangkan dan memikirkan semula tentang tindakan beliau semasa dia masih berdiri di pinggir sambil "orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain".


Gemuruh, Ahmad Sarbaini memanjat ke tingkap, seperti yang diarahkan oleh Mohd Fauzi yang terus mengejeknya dan menghamunnya dengan pelbagai penghinaan. Sheikh Niza sekadar memandang. Dalam sekelip mata, tali pinggang Ahmad Sarbaini tersekat pada bahagian luar tingkap dan dia telah kehilangan imbangan dan hidupnya.


Dan, kengerian dari kengerian, apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock telah berlaku kepada Ahmad Sarbaini apabila dia jatuh dan mati di atas gelanggang badminton di aras bawah.


KUS Mohd Fauzi berada dalam keadaan pening dan panik apabila apa yang sepatutnya menjadi ancaman kini telah bertukar menjadi maut. Dia takutkan kerjaya dan masa depan pudar kerana Ahmad Sarbaini kehilangan imbangan. Dalam keadaan terkejut dan panik, dia berlari keluar dari pantri dan kembali ke biliknya.


Sheikh Niza dengan segera berlari turun ke lobi dalam keadaan terkejut dan tidak percaya. Dia bergenangan air mata, menyesali kematian tragik ini.

Friday, July 15, 2011


 Hehehhe, rajin pulak aku update blog harini. Pelik pelik. Heheh just nk cakap malam ni ade pesta muda mudi. Taktau nk pakai baju ape lagi. Orang lain aku tgk dh siap2 pilih baju dh. So cool! Hehehhe ape ape pun sape yg pegi pesta tu semoga berseronok lah ye. Enjoy ;)

;)


Assalammualaikum. Ehek ehek dah lama tak update blog kn. Hee harini just nk cakap syukur alhamdulillah kehadrat ilahi sebab nama abah dah bersih. Semalam emak nangis tau. Nk tau xebab ape? Sebab gembira sangat. Allah tu mmg maha adil. Kepada peguam yg bernama ****** tak payah nk ugut sangat lh kn? Emak aku tk takut langsung okay. Emak aku awesome! Ahaa tu lah kau sape suruh bela orang yg salah! Tengok now kau pulak yg pening nk cari jalan penyelesaian. Aku tau duit tu pnting tapi jangan lah bela org yg salah sampai kau fitnah2 orang lain. Sakit hati aku tahu tk? Hm dah ah buat sakit otak je cerita pasal kau. Sekarang pun benda dh berlalu. So now aku just nk cakap ayah aku mmg tk mengambil rasuah and tk bunuh diri. Yeaaaay love you abah. Hm wanna know something? ayah aku ngaku amik rasuah mula2 sebab ayah aku kena tocher. Sampai ayah aku dh tk tahan dah. Nk tau dia cakap ape kt kawan dia? Ayah aku cakap lokap tu macam 'neraka dunia' Ya Allah menangis aku lepas dgr mak aku cerita mcm tu :/ Takpe tkpe now abah dh bahagia dh pun. Al-fatihah ;)
Hmm ni gambar sebelum di edit.

Taraaaaa ni lah dia gambar nya selepas di edit ;)
p/s : Ahaaa aku pun tktau kenapa aku letak gambar ni. Sebab aku suka kot. Merepek dh. Bye awak ;)

Thursday, July 7, 2011

Inkues!

Salam semuaaaaa. Sihat? Pmr nk dekat dh. Mcm best je -.- Yeaaaay!

Aha nk tgk dialog yg digunakn dorang tk masa dekat dalam makhamah. Mase tu dorang tgh soal jawab oleh peguam. Kelakar lah korang ni SPRM. Sangat sangat kelakar! Kalau ye pun nk putar belit cerita jgn lah buat cerita yg agak bodoh *maaf kerana terkasar bahasa, Rakyat and orang2 kt dalam mahkamah tu tk bodoh okay. Malahan dorang pun gelak kn koramg sbb jwpn korang bila ditanya oleh peguam dh sebijik mcm budak kecik yg menjawab. Aha lagi satu pen.pengarah SPRM kenapa masa peguam tanya dh gelabah pastu dh maki hamun. Kalau tk buat salah jgn lah naik angin. Amboi baru kene tocher sikit dh naik angin. Kau tk pikir plk bila korang tocher bapak aku sampai dia boleh meninggal. Pastu semua org yg ditahan kt dlm lokap tu orang tocher dorang smpai dorang sakit. Tak pikir semua tu? Haiyaaa ape punya olang! Ahaaa meh tgk jwpn yg dikasi mase peguam tnye dorang tu.

Jawapan Pengarah SPRM : saya tak tahu....tak tahu...tak tahu...dan memang tak tahu bagaimana ia terjadi




Jawapan  Pen.Pengarah SPRM : Saya Terkejut...dan terkejut...sangat Terkejut atas apa yang berlaku






Pandai betul korang! macam dh rancang je jwapan tu!

Monday, July 4, 2011

Tah pape ntah.

Salam semua! Hm harini nk cakap sikit je sebab kepenatan. Tah pape ntah dorang ni do! Kt dlm cakap lain, kt dlm luar cakap lain pulak. Macam taik okaaay. Menipu je keje kau kn TV! Damn you. Pandai kau nk sorok kn benda betul k. Chop chop pandai ke? Cehhhh! Puiiiii. Hm esok aku update psl harini okay . Harini nk rehatkn tgn . K bye <3

Sunday, July 3, 2011

Hari yg indah.

Yesss! just nk cakap blog aku ni dah mcm paria dah -.- Berwarna warni lah. Serabut je aku tgk. Tapi tapi aku sukaaaaa! Haha sungguh pelik aku ni serabut tgk warna warni tapi suka warna warni. Serious dh mcm paria. Sekurang kurang nya aku mengaku. Hihihiihihiihihi yes sebelum terlupa nk cakap PMR dah dekat! Help me T.T 

No more no more *lagu ni

Hihihi act, tajuk diatas tu tkde kene mengena dengan cerita aku harini. Hahahahahahhaahhha aku just nk cakap. Hmm jap2 nk gelak lagi hahahahahahahahahahha. K k mula cite, ish tknk ah nk gelak jap 2 minit hahahhahahahahahaha. K syasya stop syasya. Hm just nk cakap lelaki semua sama je. Dayus! Hahaha sorry bro sbb ckp mcm tu. Dh banyak sgt aku tgk lelaki ni punya perangai. Berbagai bagai perangai aku jumpa. Hihi bukan semua laki lah. Eh chop semua laki okay! K k sesetengah je. Puas? Hm merepek beno aku ni. salam <3 Just nk ckp if jadi laki tu gentle la sikit! Jgn pukul2 perempuan okay. Langsung tk bertimbang rasa -.- 

Bismillahirahmanirahim.

Assalammualaikum semua. Haiiiiiii wassup wassup whatcha doin? Ahaaaa aku tau sape baca blog aku! Gotchaaaa, don't play2 with me ahhh! Hiihi merepek je keje aku ni. K aku just nk cakap isnin ni mak aku pegi mahkamah pasal kes ayah terhebat aku tu. So, kalau boleh aku harap2 semuanya akan berjalan lancar and kebenaran akan terbukti. Aminnn. Tolong doakan sekali boleh? Terima kasih semoga korang dimurahkan rezeki dan selamat didunia dan akhirat.